Jom kenali bahan popular yang digemari oleh pencinta produk kecantikan

%月 %日, %年

Jom kenali bahan popular yang digemari oleh pencinta produk kecantikan

Dengan kemunculan influencers, semakin banyak jualan produk kecantikan tempatan mahu juga antarabangsa di pasaran. Semua syarikat kecantikan sedang berlumba untuk mengeluarkan produk-produk baru untuk para penggemar produk kecantikan. Salah satu bahan-bahan yang popular digunakan di dalam produk kecantikan buat masa ini ialah pokok Cat’s Claw.

Cat’s claw atau nama saintifiknya Uncaria Tomentosa merupakan tumbuhan yang hanya boleh dijumpai di dalam hutan hujan Amazon. Wow. Pokok ini dinamakan Cat’s Claw kerana bentuknya seperti kuku kucing. Nampak tak? Samakan? Pokok ini mempunyai banyak kegunaan dan khasiat oleh itu ia sering digunakan untuk merawat pelbagai penyakit. Para saintis telah terjumpa satu vitamin di dalam pokok ini bernama AC-11. AC-11 dijumpai mempunyai banyak kebaikan apabila digunakan di dalam produk kecantikan.

Antara kelebihan AC-11 ialah:

  1. Anti-penuaan.
    AC-11 dijumpai boleh melambatkan kadar kematian sel-sel. Disamping itu AC-11 juga boleh merawat sel sel di dalam badan. Oleh itu, pengguna AC-11 akan kelihatan lebih muda daripada mereka yang tidak menggunakan AC-11.


  2. Melindungi kulit dari radikal bebas.
    Radikal bebas adalah pencemaran yang boleh merosakkan sel-sel di dalam badan dan membuatkan perubahan dalan DNA. Dengan mengunakan produk yang mengandungi AC-11, kita boleh menghalang radikal-radikal bebas daripada melakukan kerosakan ke badan kita.



  3. Menggalakkan pengeluaran kolagen.
    Kolagen merupakan protein yang memberi struktur kulit fleksibiliti untuk kembali ke kedudukan asal. Dengan pengeluaran kolagen yang banyak, kulit muka anda akan kelihatan lebih muda.



AC-11 merupakan salah satu bahan-bahan utama di dalam Swissvita Micrite 3D All Use Cleanser Cream. Pencuci muka ini boleh membuang kotoran-kotoran dan minyak di muka tanpa mengeringkan kulit. Ia juga boleh menolong anda untuk kelihatan lebih muda.

Jika anda beli Swissvita Micrite 3D All Use Cleanser Cream sekarang, anda boleh mendapat satu lagi pencuci muka secara percuma!