qasehdalia.com : Hilangkan Eye Bag & Dark Circle dan Jerawat dengan Produk Swissvita Acne Solution Soothing Cleanser Cream dan 3d Micrite All Use Eye Cream

March 21, 2018

qasehdalia.com : Hilangkan Eye Bag & Dark Circle dan Jerawat dengan Produk Swissvita Acne Solution Soothing Cleanser Cream dan 3d Micrite All Use Eye Cream

Holla ! Aku rasa bukan aku je ada masalah ni , boleh di katakan 80% alami masalah sama macam aku tapi masih lagi tak jumpa cara yang betul .. mungkin tak dapat menghilangkan masalah ni 100% tapi boleh mengurangkan dari masa ke semasa .. kan ? hi hi hii tu pun dah boleh buat senyum sampai ke telinga bila tengok wajah di cermin ... masalah apa ? Masalah yang selalu korang merungut tu lah , jerawat dan mata panda ! Jadi 2 produk ni mampu membantu korang 
❤Swissvita Acne Solution Soothing Cleanser Cream 
❤Swissvita 3D Micrite All Use Eye Cream 
Sejujurnya muka aku tak begitu teruk dengan masalah jerawat , tapi ada bulan-bulan tertentu haa mula lah jerawat tu datang menempek di muka lebih-lebih lagi kawasan dahi , hidung dan dagu .. oh yang paling tak best dalam lubang hidung pun dia nak hidup mungkin kawasan redup dan masin tu selesa agaknya kahkah .. Yang buat sakit hati bila jerawat tu menyakitkan , tersentuh sikit je azab gila rasaya huwaa huwa korang paham kan perasaan itu ! huh 
Hurm sebenarnya bila tengok kawan-kawan yang ada masalah jerawat yang teruk ni kesian pulak , mesti korang struggle gila kan nak jaga muka lebih-lebih lagi kulit yang sensitif , salah satu punca mungkin ada sesetengah memilih produk yang tidak sesuai , maknanya kat sini bila korang nak cuba sesuatu produk yang penting cuba tengok bahan kandungan dia dan sesuai tak dengan jenis kulit korang haaa .. 
 
❤ SWISSVITA ACNE SOLUTION SOOTHING CLEANSER CREAM
Jadi aku nak cadangkan kat korang yang ada masalah jerawat teruk cuba Swissvita Acne Solution Soothing Cleanser Cream ,yang ni sesuai untuk oily and combination skin , dalam penjagaan wajah semua dah tahu wajib cuci muka tapi bukan sekadar cuci dengan air je , mungkin liang pori kulit kita dah tersumbat teruk sebab tu ia tak dapat bernafas dengan betul dan mengundang kepada masalah-masalah kulit yang lain , jerawat , whiteheads , blackhead dan lain-lain .. air sahaja tidak dapat membantu ye !
Tadi aku ada mention , nak pilih produk yang sesuai wajib tengok bahan yang terkandung , kenapa ? Bila korang ada masalah kulit jerawat kena lah ada bahan-bahan yang dapat merawat jerawat tu , contohnya untuk masalah jerawat ni , pilihla yang mengandungi bahan Asid Sitrik yang berfungsi menjaga liang pori korang yang mana melawan bakteria yang ada dalam jerawat degil tu haaa 
Tekstur : Cream 
Bau : Hidung aku bau cream ni macam bau kelapa haha , lebih kurang macam tu lah so far selesa dengan bau dan tekstur cream ni . 
Fungsi Swissvita Acne Solution Soothing Cleanser Cream 
  • Membantu membuka liang pori dan mengurangkan kehadiran jerawat , blackhead dan whitehead
  • Mengeluarkan minyak dan kotoran yang tidak di kehendaki 
  • Membersihkan kulit dari pencemaran yang kita tidak nampak
  • Melembutkan kulit 
  • Bebas dari Paraben , Alcohol dan Fragrance 
  • Mempunyai bahan berasaskan asid sitrik untuk memulihkan jerawat dan ekstrak tumbuhan untuk mengeluarkan minyak terutama di bahagian Zon T 
  • Tindakan pantas dalam merawat jerawat dalam masa 1 minggu .

 
A.C.N.E.F.I.G.H.T.I.N.G!!!
Cara penggunaan : Gunakan setiap hari , pagi dan juga malam 
Ambil sedikit cream dan cuci muka korang macam biasa , bilas dengan air dan keringkan 
Walaupun cuci muka ni tak mengambil masa yang lama seperti bila kita sapu pelembab ataupun serum (tanpa perlu cuci) tapi step wajib sebelum step-step seterusnya adalah cuci muka , kerana ia membersihkan liang pori kita , sel-sel kulit mati dan minyak yang menyumbat pori-pori ~ dengan cream ni ia akan menyebabkan jerawat tu segan silu nak tumbuh heh heh .. Boleh lihat kesan pantas selama 1 minggu !
( Retail Price : RM115 [15g] )
 
 
❤ SWISSVITA 3D MICRITE ALL USE EYE CREAM
Selamat tinggal mata panda dan lingkaran gelap ! Haa yang ni masalah teruk bagi aku tambah-tambah bila dah jadi Umi ni ''eyebag'' dah tak dapat di bendung dah , jika ada yang nak beli eyebag aku mohon pm tepi k haha kalau lah boleh jual kan ~ dan masalah ni memang ramai yang mengalaminya , pelajar yang selalu study lewat malam , yang bekerjaya kadang tak cukup tidur , ibu-ibu yang ada baby memang berhadapan lah dengan masalah ni .. memang tak boleh lari dah .. sobss sedey kan ! 
Jika korang dah cuba macam-macam produk tapi still tiada perubahan , aku rekemen kan Swissvita  3D Micrite All Use Eye Cream ni , aku pun dah jatuh cinta dengan eye cream ni serious best gila even sebenarnya takut juga nak pakai di kawasan mata tapi di sebabkan bahan kandungan nya pun bebas dari bahan kimia yang berbahaya why not haaa ..
This one sesuai dengan semua jenis kulit dan selamat di gunakan kerana ia non-greasy , paraben-free , fragrance-free , alcohol-free dan ia adalah water based .. Bahan utama yang ada dalam Micrite 3d All Use Eye Cream ni adalah phytonutrient AC-11 yang berasal dari herba semulajadi dari hutan amazon dan sememangnya bagus untuk pembaikan tisu kulit lebih-lebih lagi penuaan.
For the first time tengok packaging ni seperti gam UHU kan tapi packaging yang sangat bagus because it's aluminium sealed package , memang kedap udara jadi tak mudah tercemar dengan udara yang ingin masuk .. Tekstur pulak tak melekit, sebenarnya ia tak macam cream biasa tapi lebih seperti gel dan bau tidak mengganggu aku untuk setia menggunakannya .. 
Fungsi Swissvita 3d Micrite All Use Eye Cream 
  • Mengurangkan kedutan dan mencerahkan 
  • Ucapkan selamat tinggal kepada lingkaran gelap di kawasan mata 
  • Melambatkan proses penuaan 
  • Melembutkan kulit 
  • Mengurangkan eye bag 
  • Kawasan mata lebih berseri dan tak kusam lagi 


Cara penggunaan sangat mudah , hanya letak beberapa titik di kawasan mata kemudian sapu perlahan-lahan sehingga ia menyerap ke dalam kulit , aku gunakan di setiap pagi dan juga malam jadi 2 kali sehari .. Untuk pertama kali guna ia tak memberi kesan pelik atau terengsa , pedih dan lain-lain jadi ia sesuai dengan kulit aku , yeah happy me ! 
Yang sangat best adalah bila apply eye cream ni ia cepat absorb sepertimana dengan slogan nya #7secsmiracle #7secslifting , jadi dalam masa 7 saat ia memberi keajaiban haaa cenggitu uols , power tak ? Dalam masa 7 jam pulak eyebag korang akan mula berkurang dan garis - garis halus di kawasan mata akan berkurangan dalam masa 7 hari .. 
Boleh nampak kan kawasan mata aku memang mengalami eyebag dan lingkaran gelap , fuhh jenuh nak tutup dengan concealer / mekap .. huwaaa so thanx to ''all young'' because i really need this and i love it so much ! Hope aku konsisten dan dapat hilangkan lingkaran gelap tu secepatnya (maklumlah blogger always tidur lewat kan ! ) garis halus tu munkin ambil masa lama sikit sebab ia dah lama bersemadi di situ hahah , nampak naw dah tua .. isk isk isk 
( Retail Price : RM80)
Jika korang ada masalah sama yang korang nak sangat hapuskan , boleh lah cuba produk ni okay lagi pula memang terbukti berkesan dan dapat award dari :
❤ Watson's Beauty Award
❤ Oscar Beauty Award
❤ Amazon 5 Star Review

Promotion hebat sekarang! Swissvita Micrite 3D All Use Eye Cream(15g)BELI SATU PERCUMA SATU!!!